Wednesday, January 4, 2012

JEMPUTAN PENYERTAAN SECARA LISAN DAN POSTER:


Sekretariat PPSK 2012 menjemput peserta untuk pembentangan secara  lisan atau poster. Kertas kerja akan dikaji semula dan dipilih berdasarkan kepada skop persidangan dan potensi untuk menjana perbincangan. Kertas kerja boleh dibentangkan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kami dengan hormatnya menjemput anda untuk mengemukakan idea-idea dan pandangan anda untuk persidangan ini.

Jenis pembentangan:

Pembentangan lisan

Setiap pembentang akan  diberikan  masa selama 20 minit untuk pembentangan lisan termasuk sesi soal jawab. Semua persembahan slaid perlu dikemukakan kepada jawatankuasa penganjur semasa pendaftaran bagi melancarkan pembentangan.

Pembentangan poster

Setiap pembentang poster hendaklah membentangkan poster pada panel paparan yang disediakan. Saiz poster adalah bersaiz A1 (Potrait)

PANDUAN KEPADA PENULIS

  • Tajuk penulisan (centered, bold,capitalize each word)
  • Nama Penulis (sekiranya lebih dari seorang gariskan nama pembentang) (centered, bold,capitalize each word)
  • Institusi Penulis (sekiranya lebih dari seorang gunakan superscript untuk institusi setiap penama)            (centred, italic)
  • Tarikh Pembentangan (centered,italic)
  • Abstrak  (bold, centered)
  1. Tidak melebihi 200 patah perkataan  dalam satu perenggan
  2. Ditulis dalam Times New Roman saiz 12, justified
  3. Kata kunci tidak melebihi  5 perkataan (italic)
  • Penghargaan
  • Alamat penuh dan maklumat penuh untuk dihubungi 


ABSTRAK PANJANG

Penulis diminta untuk menghantar abstrak panjang (tidak melebihi 5 mukasurat) yang mengandungi keputusan awal, angka atau jadual untuk semakan. Abstrak lanjutan hendaklah ditaip dengan satu jarak antara setiap ayat. Saiz tulisan 12, times New Roman , saiz kertas A4 dengan margin normal. Draf kertas kerja penuh adalah disyorkan. Abstrak hendaklah menyatakan dengan jelas bahagian pendahuluan, kaedah kajian, isi rencana, perbincangan dan rujukan.